KUALA LUMPUR: Isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dan hari ini.
Penahanan Li Koon dilakukan kira-kira pukul 9.05 malam tadi manakala Betty Chew pula ditahan pukul 11.25 tengah hari ini selepas memberi keterangan di SPRM, Pulau Pinang.
Menurut sumber, Pengarah Syarikat Magnificient Emblen Sdn. Bhd. itu ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 28 (1) Akta SPRM 2009.
Chew pula ditahan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram(AMLATFPUAA) 2001.
“Kedua-dua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM50,000 dan akan didakwa bersama bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng Selasa ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdahulu, Chew hadir di pejabat SPRM di Jalan Northam pada 10.50 pagi tadi bersama peguamnya, Lee Khai.-UTUSAN ONLINE