Istana Sabah: Tuduhan Zulkarnain tidak berasas - Utusan Malaysia

Istana Sabah: Tuduhan Zulkarnain tidak berasas

Zulkarnain Mahdar (kiri) menunjukkan dokumen laporan salah guna kuasa ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Istana Sabah hari ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan salah guna kuasa yang dilempar oleh Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Zulkarnain Mahdar terhadap Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, semalam.

Menurut Setiausaha Sulit Yang Dipertua Sabah, Abinan Asli, segala kenyataan yang berikan Zulkarnian tidak benar serta mengandungi niat jahat ke atas Tun Juhar dan institusi Istana Sabah.

“Pihak istana negeri tidak pernah menerima permintaan samada secara rasmi mahupun tidak rasmi daripada pihak berkas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk bertemu dengan Yang Dipertua Sabah.

“Bahkan, rombongan Musa berserta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memihak kepadanya dikatakan disekat oleh pihak polis atas arahan pihak istana juga tidak benar.

“Sebaliknya, rombongan tersebut ditahan kerana mereka cuba  masuk secara paksa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan Zulkarnain ketika hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat laporan salah guna kuasa oleh Tun Juhar semasa proses membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini.

Dakwa Zulkarnain ketika perkara yang sama berlaku ke atas Musa pada Mei lalu, namun tindakannya berbeza. 

Musa pada ketika itu terus diturunkan daripada jawatan apabila hilang majoriti kerana ada ADUN yang melompat parti menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, jelas Zulkarnain, kini, apabila situasi yang sama berlaku ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal, Tun Juhar terus menerima cadangan untuk membubarkan DUN.

G57 juga melihat wujudnya elemen salah guna kuasa dan rasuah apabila Mohd. Shafie memegang kuasa, undang-undang had perkhidmatan Yang Dipertua Sabah juga turut digubal agar tiada lagi had masa berbanding sebelum ini hanya dihadkan selama dua penggal sahaja. 

Jelas Abinan, isu Tun Juhar tidak mahu bertemu Musa juga adalah kerana Dewan Undangan Negeri  telah dibubar pada pagi 30 Julai tersebut, oleh yang demikian tiada lagi keperluan bekas menteri Sabah itu bertemu Yang Dipertua Sabah.

“Tun Juhar amat kesal terhadap segala tuduhan tidak berasas yang dilemparkan Zulkarnain dan mengingatkan agar rakyat Sabah terutamanya terus bertenang dan tidak mudah mempercayai berita tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya