Inspektor polis maut dirempuh penunggang bawah pengaruh dadah - Utusan Malaysia

Inspektor polis maut dirempuh penunggang bawah pengaruh dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Inspektor maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh seorang penunggang motosikal yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Jalan Padang Katong, di sini malam tadi.

Khairil Muzzammir Abdullah Sani, 33, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu. 

Difahamkan, mangsa, menunggang motosikal di jalan utama dari arah Jalan Raja Muda ke arah Bintong di sini sebelum dilanggar remaja berusia 17 tahun yang ketika itu keluar daripada simpang untuk memasuki Jalan Padang Katong.

Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) itu telah diseret sejauh 25 meter dan melanggar tiang telefon. 

Mangsa yang ketika itu sedang bertugas dan dalam perjalanan ke satu operasi di sini disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Sementara itu, suspek yang tidak bekerja dan tinggal di Taman Bunga Padi di sini cedera di lutut kiri dan di bahagian pinggang manakala pemboncengnya iaitu ibu suspek yang berumur 43 tahun luka pada siku kiri. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif methamphetamine.

“Suspek telah direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya