Harga RON95, 97 naik satu sen - Utusan Malaysia

Harga RON95, 97 naik satu sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik satu sen seliter, masing-masing kepada RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 4 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan, harga runcit RON95 naik daripada RM1.71 kepada RM1.72 seliter manakala harga RON97 pula meningkat daripada RM2.01 kepada RM2.02 seliter.

Bagaimanapun katanya, harga runcit diesel turun dua sen kepada RM1.78 seliter berbanding RM1.80 seliter minggu lalu.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN