Halang pengundi seluar pendek kerana salah faham - Utusan Malaysia

Halang pengundi seluar pendek kerana salah faham

SEORANG pengundi berang selepas tidak dibenarkan mengundi di PRK Slim, Perak, kerana memakai seluar pendek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Insiden beberapa pengundi tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini berpunca daripada salah faham.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, dari segi peraturan tiada masalah untuk pengundi berpakaian sedemikian memasuki pusat mengundi.

Menurutnya, hanya mereka yang memakai baju yang mempunyai lambang parti dan menjolok mata tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi.

“Ada salah faham, kalau ikutkan peraturan tiada masalah. Sekarang mereka (pengundi berseluar pendek) boleh dibenarkan masuk.

“Kita harap pengundi ini boleh datang semula, jangan merajuk,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau prose pengundian di Sekolah Kebangsaaan (SK) Aminuddin Baki di sini hari ini.

Beliau ditanya insiden beberapa pengundi warga emas yang berang apabila tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian di SK Aminuddin Baki di sini hari ini untuk mengundi kerana memakai seluar pendek.

Tindakan itu menyebabkan ada di antara mereka yang menjerit dan mengoyak Kad Pengundi yang diberikan SPR kerana tidak berpuas hati dan kemudiannya meninggalkan pusat pengundian tersebut.

Ada di antara mereka yang datang semula ke pusat pengundi itu dengan memakai seluar panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya