Guan Eng dipercayai ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Guan Eng dipercayai ditahan SPRM

LIM Guan Eng tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas selesai proses akhir siasatan kes terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.341 billion.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu dipercayai ditahan kira-kira pukul 9.30 malam selepas hadir memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

Kenderaan yang membawa Lim Guan Eng memasuki Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya malam ini.

Menurut sumber, berikutan penahanan itu, beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi esok.

Kata sumber, Guan Eng akan berhadapan dua pertuduhan iaitu dibawah Seksyen 16 a (A) Akta SPRM 2009.

“Jika disabitkan kesalahan atas kedua-dua pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan itu akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 22, 25 dan 25 Julai lalu Guan Eng pernah hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberikan keterangan berhubung siasatan kes yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya