Formula berjimat cara Rafidah - Utusan Malaysia

Formula berjimat cara Rafidah

RAFIDAH AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jika ada formula berjimat semasa pasca Covid-19, mungkin kaedah bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz boleh diteladani rakyat negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rafidah memberitahu, sehingga hari ini, beliau masih mengamalkan perbelanjaan berhemah termasuk membeli baju yang hanya berharga RM15 sehelai.

Malah, barang kemas yang dipakainya juga dibayar secara ansuran sehingga mempunyai fail (rekod hutang) di beberapa premis jenama barang kemas terkenal.

“Baju ini (yang dipakai) saya beli RM30 (di kedai borong pakaian murah). Kalau sale (harga) turun lagi, saya beli sampai 10 helai.

“Saya sangat mudah. (Arwah) suami pun kata beli baju mahal-mahal buat apa. Pakai sekali, nak pakai dua tiga kali dah malu dekat orang.

“Orang lain beli satu. Saya pernah beli seluar dengan baju 52 helai. Murah RM15 sehelai.

“Tentang barang kemas pula, tiap-tiap bulan saya bayar dan bersambung-sambung sehingga 40 tahun.

“Bayaran yang dilakukan pula tepat setiap bulan dan saya sendiri pergi ke kedai untuk tandatangan (pembelian), sebab itu mereka percaya,” kata Pengerusi AirAsia X itu ketika ditemui di kediamannya di Bukit Damansara baru-baru ini.

Kata Rafidah, soal jenama bukanlah perkara yang dititikberatkannya kerana apa yang penting pakaian itu selesa dipakai.

Beliau tidak kisah dengan tanggapan orang kerana apa yang lebih penting keselesaan diri sendiri.

“Saya nak pakai, apa nak pedulikan orang. Saya bukan nak ‘please’ orang. Saya bukan awak nak datang baru saya bersiap.

“Hari-hari macam ini, malam (tadi) dah siap (fikir) warna apa nak pakai esok,” katanya yang mengenakan blaus hijau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya