Empat premis judi dipotong bekalan elektrik  - Utusan Malaysia

Empat premis judi dipotong bekalan elektrik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak empat premis dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik hari ini dipercayai menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tindakan polis itu dibuat dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengekang aktiviti perjudian di daerah ini.

“Operasi bersepadu itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bersama TNB bermula pukul 9.30 pagi membabitkan kedai judi di Sungai Petani dan Sungai Lalang,” katanya di sini hari ini.

Adzli berkata, tindakan pemotongan elektrik oleh kakitangan TNB mengikut Undang-Undang di bawah Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memutuskan bekalan elektrik di premis terbabit supaya ia tidak kembali beroperasi.

Tambahnya, jumlah pemotongan bekalan elektrik ke atas premis perjudian di daerah Kuala Muda bagi tempoh Januari 2020 sehingga kini membabitkan 14 buah premis manakala bagi tahun 2019 sebanyak 40 buah premis.

“Pihak kita masih mengesan premis-premis perjudian lain yang masih beroperasi di daerah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya