Emosi luar kawal punca jenayah - Utusan Malaysia

Emosi luar kawal punca jenayah

PROF MADYA DR. MOHAMMAD RAHIM KAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Emosi luar kawalan dan tidak dapat me­ngawal kemarahan dikenal pasti punca berlakunya insiden pembunuhan dalam kalangan ahli keluarga atau orang terdekat.

Pakar Kriminologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin berkata, perasaan amarah semakin menguasai pertimbangan akal apabila ada provokasi atau sti­mulus persekitaran termasuk daripada mangsa.

Sebab itulah katanya, dalam kebanyakan kes pembunuhan membabitkan ahli keluarga dan individu rapat, ia berlaku secara tidak dirancang tetapi boleh berlaku secara di luar jangka.

“Dendam barangkali sudah berlaku sejak lama tetapi dipendamkan sahaja. Apabila sampai ke suatu peringkat, apabila sahaja marah tercetus, mulalah berlaku keganasan dan tindakan agresif yang hingga tanpa sengaja me­ngakibatkan kematian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas me­ngenai emosi marah tidak terkawal hingga menyebabkan insiden kematian.

Rabu lalu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Maizatulniza Othman, 40, maut dipercayai dijerut suaminya sendiri.

Mohammad Rahim berkata, dalam kajian dilakukan me­ngenai insiden kemarahan dalam kalangan 100 banduan lelaki pada 2015, 70 peratus daripada pelaku me­lakukan jenayah bunuh akibat gagal me­ngawal marah.

Mohammad berkata, marah perlu dikawal kerana ia boleh mengundang risiko berbahaya termasuk membunuh atau mencede­rakan pelaku sendiri atau orang yang berada berdekatan.

“Marah itu naluri manusia tetapi marah ke­terlaluan itu boleh memudaratkan. Redakan kemarahan de­ngan menghembus dan tarik nafas beberapa kali, beredar segera dari tempat yang ada stimulus atau provokasi itu,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya