Dua wanita Arab curi emas  - Utusan Malaysia

Dua wanita Arab curi emas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua wanita Arab berpura-pura mahu membeli rantai emas sebelum mencurinya dalam  kejadian di sebuah kedai emas di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, dalam kejadian  pukul 3.15 petang, kedua-dua suspek meminta pekerja kedai mengeluarkan beberapa utas rantai emas.

“Selepas melihat barang kemas itu, suspek-suspek minta diri kononnya mahu menukar wang di kedai pengurup wang.

“Sebelum keluar mereka mengambil salah satu barangan kemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu hanya disedari apabila pekerja kedai memeriksa stok barang dan meneliti rakaman video litar tertutup (CCTV).

Katanya, selain dua wanita terbabit, terdapat dua lelaki dilihat menunggu di luar premis.

Berikutan itu,  polis kini  memburu empat suspek termasuk dua wanita Arab bagi membantu siasatan  kes curi tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi  Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di talian 07-4363300. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya