Dua kes Covid-19 di Hospital Pantai Sungai Petani - Utusan Malaysia

Dua kes Covid-19 di Hospital Pantai Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Hospital Pantai Sungai Petani hari ini mengesahkan dua kes jangkitan Covid-19 termasuk salah seorang daripada pesakit yang mendapat rawatan di situ.

Dalam satu kenyataan di sini, hospital berkenaan berkata, pesakit terbabit yang menerima rawatan di wad bagi sakit jantung pada 8 Ogos itu menjalani ujian saringan Covid-19 setelah didapati mempunyai simptom jangkitan.

“Hasil ujian Covid-19 pesakit berusia 53 tahun disahkan positif. Kes tersebut dirujuk dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, satu kes lagi membabitkan penjawat awam yang ke hospital itu bagi menjalani ujian akibat demam dan sakit tekak.

“Keputusan ujian turut positif,” katanya.

Tambahnya, proses pembersihan dan pembasmian kuman dilakukan di semua kawasan yang dikunjungi pesakit mengikut panduan kawalan jangkitan yang ketat.

“Semua yang bersentuhan dengan pesakit sedang dikenal pasti dan kakitangan yang merawat pesakit itu dikuarantin dan ujian saringan turut dijalankan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, hospital berkenaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian dalam mengendali kes tersebut.

“Perkhidmatan klinikal di hospital ini tidak terjejas dan pesakit boleh mendapatkan rawatan mereka di sini,” katanya.

Sejak Januari lalu, Hospital Pantai menyediakan langkah berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19, termasuk mengehadkan laluan masuk ke hospital, pemeriksaan suhu dan gejala ke atas setiap pelawat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya