Dua beradik ditahan pecah amanah RM17,300 - Utusan Malaysia

Dua beradik ditahan pecah amanah RM17,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua beradik perempuan ditahan kerana disyaki melakukan pecah amanah membabitkan wang syarikat sebanyak kira-kira RM17,300 dalam kejadian di sebuah butik di pusat beli-belah di sini sejak Julai lalu.

Mereka yang berusia 19 dan 22 tahun itu ditahan pada kelmarin selepas pengurus syarikat membuat laporan polis berhubung kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian disedari pengurus syarikat selepas dia membuat audit di butik tempat dua suspek bekerja pada kelmarin.

“Dia mendapati untung perniagaan daripada tarikh 21 Julai 2020 hingga 16 Ogos 2020 mengikut rekod penjualan sepatutnya RM26,086.40. 

“Apabila diminta wang penjualan, dua suspek terbabit mereka memberi pelbagai alasan dan hanya memberi wang jualan sebanyak RM8,734.00,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kata beliau, dua suspek itu kemudian mengaku telah melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang jualan sebanyak RM17,352.40.

Tambahnya, kedua-dua mereka direman selama empat hari bermula hari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya