Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Lipis - Utusan Malaysia

Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Tiga maut manakala seorang cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh di sini, hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Faizul Idzafi Azmi, 34, dan penumpang belakang kereta itu yang juga adik beradik, Roziah Mohamed Yusof, 22, dan Mohamed Rozuan, 32.

Penumpang depan kereta itu, Mohd. Zulhelmi Mustafa, 25, cedera parah di bahagian kepala dan dirawat di Hospital Lipis di sini.

Pemandu lori jenis Hino, Muhammad Zainal Abidin Mohd. Noor, 29, dan kelindannya, Muhammad Shahrizal Ariffin, 18, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 5.45 petang berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan kereta berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kawasan kejadian adalah jalan satu lorong dua hala, keadaan jalan adalah berselekoh dan berbukit.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya