Diaclean Pera Sterilant Covid-19 masa 30 saat - Utusan Malaysia

Diaclean Pera Sterilant Covid-19 masa 30 saat

Dr. Zularisam Ab. Wahid (kiri) menunjukkan bahan disinfektan Diaclean Pera Sterilant.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan bahan disinfektan tahap tinggi (HDL) iaitu Diaclean Pera Sterilant, mampu membunuh virus Covid-19 bawaan manusia hanya dalam 30 saat.

Ia mengandungi bahan aktif  peracetic acid daripada cuka makanan yang mampu membunuh 99.99 peratus mikroorganisma seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa.

Profesor Datuk Dr. Zularisam Ab. Wahid yang mengetuai penyelidikan itu dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) UMP berkata, produk disinfektan itu telah diuji keberkesanannya oleh makmal antarabangsa Viroxy Lab di Kuala Lumpur.

Produk itu katanya, diuji keberkesanannya sebagai anti microbial melalui ujian invitro di Makmal Bioserasi Klinikal Healthmedic Research Sdn. Bhd. dan invivo biocompatibility Test di Makmal Bioserasi Center for Research and Instrumentation Management (CRIM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

“Produk inovasi ini bukan sahaja bersifat organik dan food grade malah ia sangat mesra pengguna, tidak bersifat toksik, tidak mudah terbakar dan tidak mendatangkan kesan negatif terhadap permukaan bahan yang dinyah cemar.

Pera Sterilant bersifat mesra alam dan akan terhurai semula dalam bentuk gas oksigen, cuka makanan dan air semula selepas lapan jam digunakan. Peracetic Acid merupakan salah satu disinfektan yang disenarai berkesan ke atas pandemik Covid-19 oleh pihak Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu ketika dihubungi Zularisam berkata, bahan itu bukan seperti cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer, tetapi produk berkenaan lebih kepada menyahkuman atau sanitasi di kawasan penularan wabak.

“Tiada masalah jika ia terkena pada kulit manusia tetapi penggunaan produk ini tidak seperti hand sanitizer,” katanya.

Beliau berkata, bahan nyah kuman itu juga bebas alkohol dan bebas aldehyde.

Jelasnya, produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP), Kementerian Kesihatan sebagai medical device disinfectant dan mendapat Pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya