Covid-19: 21 kes baharu, 15 import, 6 tempatan - Utusan Malaysia

Covid-19: 21 kes baharu, 15 import, 6 tempatan

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes Covid-19 dicatatkan sehingga hari ini terdiri daripada 15 kes import dan enam kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Nor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,023 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 196 kes.

Katanya, bagi kes pulih mencatatkan sebanyak 18 kes menjadikan jumlah kumulatif 8,702 kes atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes atau 1.385 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya