Biar profesional urus hutang THP RM1.24 bilion - Utusan Malaysia

Biar profesional urus hutang THP RM1.24 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengurusan Tabung Haji Plantation (THP) seharusnya dikendalikan golongan profesional bagi menambah baik pengurusan hutang yang ditanggung berjumlah RM1.24 bilion.

Mengambil contoh ketika pentadbirannya dahulu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa berkata, beliau langsung tidak campur tangan dalam keputusan dibuat pihak pengurusan.

“Yang ada sekarang ini dah cukup bagus, memang golongan profesional. Biar mereka uruskan, seperti saya ketika dalam kerajaan, saya tak campur tangan dari segi pengurusan dan keputusan yang mereka lakukan, saya cuma pantau polisi sahaja. Jangan politikkan isu ini.

“Saya beri kepercayaan kepada mereka dan mereka membuktikan kejayaan, hasilnya Tabung Haji buat untung RM1.5 bilion pada suku tahun 2020, kini aset mempunyai 78 bilion berbanding sebelum saya ambil alih hanya RM74 bilion,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Utusan Malaysia dua hari berturut-turut melaporkan mengenai kerugian besar THP. THP adalah sebuah anak syarikat kepada Tabung Haji (TH).

Dalam laporan itu, sumber memaklumkan THP mempunyai tiga pilihan untuk menangani kerugian anak syarikat itu iaitu terbitkan saham, membuat pinjaman tambahan atau menjual aset.

Menjual aset yang ‘sakit’ dan gagal membuat keuntungan menjadi pilihan kerana ia mampu dilakukan dengan cepat manakala dua lagi pilihan sangat sukar dilaksanakan dan bakal menambah masalah sedia ada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya