Bekas Hakim Besar Malaya dilantik BOD Petronas - Utusan Malaysia

Bekas Hakim Besar Malaya dilantik BOD Petronas

ZAHARAH IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, antara tiga Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang baharu dilantik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas menyatakan ahli lembaga pengarah baharu yang lain ialah Datuk Ibrahim Baki dan Datuk Razali Mohd. Yusof, pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai Isnin lalu.

“Zaharah sebelumnya adalah Hakim Besar Malaya, dan baru-baru ini memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hingga Mei tahun ini. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya dan berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang kehakiman dan perundangan.

“Beliau pernah memegang pelbagai jawatan termasuk berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Sela­ngor, dan penggubal rang undang-undang parlimen di Jabatan Peguam Negara, sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 2004.

“Beliau juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi pada Julai 2006 dan kemudian sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada April 2010 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 serta dilantik sebagai Hakim Besar Malaya pada Julai 2018,” katanya lapor The Edge.

Sementara itu, Petronas berkata, Ibrahim adalah tokoh korporat yang disegani dan profesional dalam perundangan, terkenal dengan pengalaman lebih 30 tahun di kedua-dua sektor korporat dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Ibrahim read law di United Kingdom dan diterima sebagai Barrister-At-Law dari Lincoln’s Inn.

“Ibrahim memulakan kariernya pada 1984 sebagai pegawai undang-undang Petronas di Kuala Lumpur. Pada 1985, beliau menjadi pengasas bersama di Tetuan Idris Buang, Ibrahim Baki dan Co serta Peguambela dan Peguamcara, Sarawak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya