Bekalan air normal Empangan Teluk Bahang hanya mampu 52 hari lagi - Utusan Malaysia

Bekalan air normal Empangan Teluk Bahang hanya mampu 52 hari lagi

EMPANGAN Teluk Bahang kini semakin menyusut berikutan jumlah hujan yang rendah dicatatkan dalam tempoh 12 bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Empangan Teluk Bahang di sini mencapai kapasiti efektif 17.2 peratus ketika ini iaitu hanya mampu menampung bekalan air normal selama 52 hari bagi pengguna di Teluk Bahang, Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, ia juga adalah kapasiti efektif terendah dicatatkan sejak empangan itu dibuka pada 1999.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya terpaksa mengambil langkah meminimumkan pelepasan air mentah dari empangan tersebut ketika ini.

“PBAPP harus memastikan bekalan air berterusan di kawasan tumpuan pelancong itu dan kami mungkin tidak akan menghentikan pelepasan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, empangan tersebut mencatatkan kapasiti efektif air sebanyak 19.6 peratus.

Menurut Jaseni, situasi itu timbul berikutan jumlah hujan yang rendah dicatatkan dalam tempoh 12 bulan lalu.

“Dalam tempoh tersebut, jumlah hujan adalah 4,466 milimeter (mm) iaitu 30 peratus lebih rendah berbanding purata hujan sebanyak 6,441 mm untuk tempoh sama sejak 2017 hingga 2019.

“Justeru, atas cadangan PBAPP, kerajaan negeri akan melaksanakan lapan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air empangan itu,” katanya.

Sementara itu, Jaseni turut meminta kira-kira 38,000 pengguna di sekitar Teluk Bahang, Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya