Azmin, Penggerak Komuniti Negara (PKN) lafaz ikrar sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Azmin, Penggerak Komuniti Negara (PKN) lafaz ikrar sertai Bersatu

MUHYIDDIN Yassin (dua dari kanan) menyerahkan kad keahlian Bersatu kepada Mohamed Azmin Ali (kiri) pada Kongres Negara di Mitec, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teka-teki hala tuju Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kem beliau kini terjawab selepas melafazkan ikrar secara rasmi untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Permohonan beliau sebagai ahli Bersatu diluluskan dan menerima kad keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program Kongres Negara di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini hari ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Mohamed Azmin turut menyatakan azam untuk terus membangunkan negara serta rakyat bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Penggerak Wanita Muda Negara; Pemuda Negara dan Nations of Women (Now).

“Sekarang adalah masa kita bersatu untuk Malaysia. Kami adalah barisan hadapan yang sanggup terjun kelapangan untuk kukuhkan Bersatu demi kestabilan Perikatan Nasional (PN).

“Kami bersumpah untuk terus angkat martabat ummah dan rakyat demi keadilan, ekonomi dan rakyat.

“Dengan ini , saya bersama Penggerak Wanita Muda Negara; Pemuda Negara dan Nations of Women (Now) isytiharkan untuk sertai Bersatu demi negara,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya