Azmin enggan peduli kritikan - Utusan Malaysia

Azmin enggan peduli kritikan

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan memandang serius kritikan yang mempertikaikan kemampuannya dan beberapa bekas pemimpin PKR lain untuk menambah kekuatan Muafakat Nasional (MN).

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, apa yang penting ketika ini adalah semua pihak perlu mengambil sikap terbuka dan berlapang dada dalam mencari perdamaian berhubung sebarang isu yang melanda negara.

“Kita perlu optimistik, kalau niat baik Allah SWT akan permudahkan usaha kita,” kata bekas Timbalan Presiden PKR itu ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Korban Permatang Pauh di Yayasan An-Nahdhoh di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa Ahli Parlimen PKR yang kini menganggotai Perikatan Nasional (PN) tidak akan banyak membantu MN ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Nur Jazlan dilaporkan berkata, kedudukan Mohamed Azmin serta beberapa pemimpin PKR lain termasuk Zuraida itu juga hanya dilihat kuat pada masa ini namun bakal tergugat tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya