Anggota polis, 20 individu sertai parti liar direman  - Utusan Malaysia

Anggota polis, 20 individu sertai parti liar direman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang anggota polis berpangkat koperal dan 20 individu lain yang dikesan positif dadah ketika menyertai parti liar di sebuah rumah di Taman Bandar Mutiara, Sungai Petani semalam ditahan reman selama hari empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Arif Mohammad Sharif di Mahkamah Majistret Sungai Petani di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 22  lelaki dan 10 wanita berusia antara 17 hingga 31 tahun.

Anggota polis berpangkat koperal berusia 24 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Hasil ujian air kencing mendapati 21 individu termasuk anggota polis terbabit positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

Menurut sumber, anggota polis tersebut berperanan sebagai penganjur parti liar itu dan telah menyewa inap desa terbabit dengan harga RM190 semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya