Amanat khas PKPP malam ini - Utusan Malaysia

Amanat khas PKPP malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada pukul 8 malam ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Poster berkaitan perutusan khas itu turut dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi Muhyiddin.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun lepas dijadualkan tamat Isnin ini.

PKPP dilaksanakan bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN