Ahli keluar parti, Bersatu Gopeng masih kukuh - Utusan Malaysia

Ahli keluar parti, Bersatu Gopeng masih kukuh

Ahmad Ishak (duduk, tiga dari kanan) bersama barisan kepemimpinan Bersatu Bahagian Gopeng pada Persidangan Perwakilan bahagian berkenaan di Ipoh hari ini. - FOTO: Zaki Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bersatu Bahagian Gopeng tidak terjejas walaupun ada ahlinya bertindak keluar parti baru-baru ini kononnya kerana hilang kepercayaan terhadap parti.

Ketua Bahagian Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak berkata, mereka yang mengumumkan keluar parti hanyalah individu dan bukan keseluruhan Bahagian Bersatu Gopeng.

Menurut beliau, sehingga kini tiada cawangan Bersatu Bahagian Gopeng yang dibubarkan sepertimana didakwa individu yang bertindak keluar parti.

“Tindakan segelintir individu yang mengumumkan tindakan keluar parti tidak menjejaskan parti dan tidak mempengaruhi ahli secara keseluruhan.

“Buktinya, wakil-wakil daripada kesemua 18 cawangan hadir pada Persidangan Perwakilan Bahagian Gopeng Kali Pertama pada hari ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa ahli bahagian itu yang keluar parti sepertimana dilaporkan media termasuk pembubaran lima daripada 18 cawangan.

Mengulas lanjut katanya, cawangan yang didakwa terbubar iaitu Desa Pelancongan, Kampung Sengat, Pekan Razaki, Gunung Rapat Utara dan Desa Pakatan sebenarnya tidak terjejas.

“Kita menghormati keputusan bekas ahli yang keluar, cuma membuat dakwaan kononnya Bahagian Bersatu Gopeng pincang adalah tindakan yang berniat jahat.

“Bersatu Bahagian Gopeng tetap berdiri teguh kepada kepimpinan sedia ada pada peringkat negeri dan pusat yang diterajui oleh Presiden yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya