Sistem kehakiman tak perlu ‘direformasikan’ - Utusan Malaysia

Sistem kehakiman tak perlu ‘direformasikan’

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sistem kehakiman negara ini tidak perlu ‘direformasi’ kerana tiada pembabitan atau campur tangan pihak lain termasuk pemimpin negara.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, sepanjang 39 tahun kerjayanya, belum ada pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad campur tangan atau mengarahkan hakim supaya membuat sesuatu keputusan.

Katanya, sehubungan itu dakwaan institusi kehakiman negara ‘tidak bersih’ dan berlaku campur tangan luar adalah salah.

“Jika ada pemimpin termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin melakukan campur tangan ia merupakan penghinaan kepada.
“Dalam tempoh 39 tahun kerjaya saya, saya tidak pernah menerima panggilan telefon atau nota. Malah tiada siapa menghampiri saya untuk mengarahkan, meminta atau membayangkan bagaimana saya patut buat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas rencana pensyarah, Prof. Dr. Haim Hilman menerusi sebuah portal berhubung kes berprofil tinggi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan itu antara lain menyatakan, keputusan mahkamah terhadap Najib sebagai satu manifestasi terhadap usaha membersihkan kehakiman negara.
Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, beliau tidak bersetuju apabila beberapa Perdana Menteri terdahulu mengetepikan hakim yang lebih berpengalaman.
“Perbuatan itu menampakkan adanya sesuatu motif yang tidak sepatutnya menjadi asas pemilihan itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya