40 jam padam api kilang proses ayam terbakar - Utusan Malaysia

40 jam padam api kilang proses ayam terbakar

ANGGOTA bomba dan penyelamat memadam kebakaran sebuah kilang memproses ayam di Serkam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasukan bomba dan penyelamat negeri bertungkus-lumus lebih 40 jam untuk memadam kebakaran sebuah kilang memproses ayam di Serkam, di sini kelmarin.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kerja- kerja memadam kebakaran hanya tamat pada pukul 9.36 malam semalam selepas anggotanya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.32 pagi Sabtu.

Katanya, seramai 20 pegawai dan anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Merlimau, BBP Padang Temu dan BBP Jasin ke lokasi bersama tiga jentera.

“Pasukan BBP Merlimau tiba di lokasi pada pukul 4.42 pagi dan penilaian menyeluruh terus dilakukan.

“Kemudian bantuan daripada pasukan BBP Padang Temu dan Jasin diminta untuk mengawal kebakaran kira-kira 30 peratus daripada luas kilang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, ujarnya, sekitar pukul 7.39 pagi kelmarin, anggaran keluasan kebakaran merebak kepada 40 peratus dan kerja-kerja memadam api terus dilakukan di kawasan penyimpanan sejuk beku
kilang berkenaan.

“Kebakaran dikawal kira-kira 10 minit kemudian dan pada pukul 1.44 petang semalam, pasukan meneruskan pemadaman di bahagian atas bangunan.

“Pada pukul 3 petang, pemadaman secara terus dijalankan dalam bangunan dan operasi tamat sepenuhnya malam semalam,” katanya.

Jelasnya, kerja-kerja pemindahan gas ammonia dalam paip di kilang berkenaan turut dilakukan.

Katanya, punca sebenar dan nilai kerugian kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya