4 premis judi dipotong bekalan elektrik  - Utusan Malaysia

4 premis judi dipotong bekalan elektrik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak empat premis dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di sekitar daerah ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tindakan pemotongan elektrik itu diambil oleh pihak polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengekang aktiviti perjudian di daerah ini.

“Operasi bersepadu itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bersama TNB bermula pukul 9.30 pagi membabitkan kedai judi di Sungai Petani dan Sungai Lalang,” katanya di sini hari ini.

Adzli berkata, tindakan pemotongan elektrik oleh kakitangan TNB mengikut undang-undang di bawah Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi memutuskan bekalan elektrik di premis terbabit supaya ia tidak kembali beroperasi.

Tambahnya, jumlah pemotongan bekalan elektrik ke atas premis perjudian di daerah Kuala Muda bagi tempoh Januari 2020 sehingga kini adalah sebanyak 14 buah premis manakala bagi tahun 2019 adalah sebanyak 40 buah premis.

“Pihak kita masih mengesan premis-premis perjudian yang masih beroperasi di daerah ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya