350,000 penduduk dua daerah berisiko dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

350,000 penduduk dua daerah berisiko dijangkiti Covid-19

Kes Covid-19 di Napoh, Kedah sehingga kawasan itu diletakkan sebagai Kluster Sivagangga masih menghantui orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Lebih 350,000 penduduk daerah ini dan Padang Terap berisiko dijangkiti Covid-19 jika lebih 100 individu yang memakai gelang merah jambu gagal mematuhi arahan kuarantin terutama kontak rapat Kluster Sivagangga.

Penduduk daerah itu melahirkan bimbang Covid-19 merebak kerana jumlah mereka daripada kluster itu yang disahkan positif kini seramai 21 orang.

Tinjauan Utusan Malaysia di empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap mendapati penduduk mula mengurangkan aktiviti ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran tetapi masih ramai jga yang degil denga merela bebas bergerak.

Empat mukim itu ialah Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal di daerah ini dan Kampung Ulu di Padang Sanai.

Beberapa penduduk di luar mukim itu mengharapkan mereka yang berada di lokasi PKPD supaya tidak keluar dari kawasan masing-masing pada masa ini.

Selain itu, penduduk juga mendakwa ramai dalam kalangan pelanggan restoran nasi kandar di pekan Napoh itu tinggal di luar kawasan PKPD.

Seorang penduduk, Saidon Abdul Rahman, 67, dari pekan Kodiang berkata, dia bimbang Covid-19 terus merebak sekiranya kebanyakan penduduk di mukim yang terlibat PKPD bebas keluar dari kawasan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu mengetatkan kawalan di mukim berkenaan untuk memastikan penduduk tidak keluar dan bercampur dengan penduduk kawasan lain.

“Paling menakutkan sekiranya ada dalam kalangan mereka yang memakai gelang merah jambu keluar rumah sesuka hati,” katanya semalam.

Seorang peniaga di pekan Jitra, Zulhijjah Hanapiah, 43, berkata, kawalan keselamatan patut diperketatkan dengan menempatkan anggota di mukim-mukim yang terlibat dengan PKPD.

“Sektor perniagaan akan terjejas sekiranya kerajaan meluaskan PKPD di mukim-mukim lain termasuk di pekan Jitra,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Pida 1, Bukit Hantu, Megat Dewa, Mohd. Saiful Mat Rozi, 25, berkata, dia kesal dengan sikap peniaga nasi kandar yang memakai gelang merah jambu telah menyebarkan virus tersebut.

“Pihak berkuasa kena memastikan mereka yang memakai gelang merah jambu tidak keluar rumah kerana kesannya sakit buruk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Roslan Awang Kechil, 51, mencadangkan jumlah kompaun mereka yang memakai gelang merah jambu ditingkatkan sekiranya ingkar arahan kuarantin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya