2,000 ahli Bersatu Padang Serai sokong Muhyiddin - Utusan Malaysia

2,000 ahli Bersatu Padang Serai sokong Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kira-kira 2,000 ahli Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Padang Serai memberi sokongan penuh terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dalam meneruskan agenda parti.

Ketuanya, Khairul Anuar Ramli berkata, pihaknya akan memantau di peringkat akar umbi bagi memastikan tiada gerakan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan atau merosakkan Bersatu di bahagian ini.

“Kita mendapati beberapa individu dalam kumpulan yang kalah pada pemilihan parti sebelum ini cuba menimbulkan kekeliruan dan menghasut ahli keluar daripada Bersatu serta menyertai parti lain,” katanya di sini.

Sehubungan itu, Khairul Anuar memberitahu, Bersatu Bahagian Padang Serai akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang di pengerusi oleh Naib Ketua Bahagian untuk memantau gerakan kumpulan serpihan berkenaan.

“Jawatan kuasa ini akan membuat.pemutihan di peringkat akar umbi dan tidak membiarkan ahli Bersatu Padang Serai dihasut atau diperdaya untuk meninggalkan parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN