Kemenangan Mohd. Zaidi bukti kesepakatan jitu MN - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Kemenangan Mohd. Zaidi bukti kesepakatan jitu MN – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan Mohd. Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam membuktikan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO dan Pas mampu mewujudkan kesepakatan jitu bagi meraih sokongan padu pengundi.

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu berkata, kemenangan dengan majoriti besar itu turut membuktikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dan dasar-dasar yang dilaksanakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya mengucapkan tahniah kepada Mohd. Zaidi yang memenangi PRK Slim dengan majoriti besar.

“Saya berharap YB (Yang Berhormat) Mohd. Zaidi akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dengan cemerlang. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya yang membantu kemenangan calon BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan PRK DUN Slim semalam menyaksikan calon BN itu menang dengan majoriti undi 10,94 undi dan jumlah berkenaan lebih baik berbanding keputusan pada pilihan raya umum lalu majoritinya 2,183 undi.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang, selepas mengadu kesukaran bernafas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN