Projek landasan berkembar: Ka Siong, Anthony berbalah - Utusan Malaysia

Projek landasan berkembar: Ka Siong, Anthony berbalah

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke te­rus berbalah mengenai projek landasan berkembar Lembah Klang (Fasa 2) atau Klang Valley Double Track Project (KVDT 2) yang sebelum ini kontraknya diberikan secara rundingan terus bernilai RM4.475 bilion.

Ka Siong bertegas, tender semula itu dibuat selepas mendapat input pelbagai pihak termasuk pakar rujuk, golongan profesional dan syarikat berkaitan pembinaan rel.

Katanya, ia bukan sekadar bergantung kepada Professional Project Review (PPR) yang disediakan syarikat perunding Opus Consultants (Opus).

“Saya hairan juga bila (bekas Menteri Pengangkutan) Anthony Loke sebut Opus Consultants ini tidak dilantik oleh Kementerian Pengangkutan untuk membuat PPR. Dalam kenyataan media saya semalam, mana ada saya sebut kementerian melantik Opus?

“Saya cuma gunakan perkataan Opus Consultants ditugaskan untuk membuat kajian PPR. Saya juga tahu Opus membuatnya secara ‘pro bono’ atau sukarela. Kalau laporan Opus itu tidak formal, kenapa pembentangan dibuat kepada mantan Menteri Pengangkutan,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ka Siong, perkara itu hanya membazir masa dan helah kerajaan terdahulu.

Kata beliau, Anthony sepatutnya menyambut baik keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan semula tender projek tersebut.

Malah, beliau menyifatkan tindakan Anthony mempertahankan hujah bahawa Pakatan Harapan (PH) berjaya mengurangkan kos projek itu sebagai cubaan mengaburi mata rakyat.

Sementara itu Anthony pula dalam kenyataan balas menafikannya dan menuduh Ka Siong memutar-belitkan fakta sebenar.

“Kementerian Pengangkutan tidak pernah melantik Opus Consultants sebagai perunding bebas projek tersebut pada 2018.

“Opus Consultants hanya membentangkan laporan mereka kepada Kementerian Pengangkutan untuk rujukan secara sukarela tanpa apa-apa obligasi daripada Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan kepada Kabinet pada 19 September 2018 bahawa Kementerian Pengangkutan telah mendapatkan anggaran penilaian daripada pihak ketiga dan mendapati kos projek mampu dikurangkan kepada RM3-3.5 billion sekiranya ditender semula.

“Justeru, Kementerian Pengangkutan mencadangkan supaya kontrak dengan syarikat Dhaya Maju LTAT (DM-LTAT)dibatalkan dan ditender semula dengan kaedah tender terbuka.

“Mesyuarat Kabinet pada hari tersebut telah memutuskan untuk membatalkan kontrak dengan DM-LTAT,” jelasnya.

Katanya, Ka Siong boleh mendapatkan pengesahan fakta tersebut melalui Minit Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 19 September 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya