Awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di Pulau Songsong di Yan dekat sini semalam.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mangsa, Supakorn Ruanggkaew, 48, disedari hilang oleh empat nelayan lain ketika mereka menaikkan pukat kira-kira pukul 3 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh pada jarak 19.3 batu nautika barat daya Pulau Songsong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik menerima laporan, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

“Operasi SAR melibatkan sebuah bot dan kapal  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), selain turut mendapat kerjasama pasukan polis marin serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebanyak 15 buah nelayan tempatan turut membantu dalam usaha pencarian mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, SAR ditangguhkan pada pukul 7 petang semalam dan disambung pada pagi ini.

“Sektor pencarian pada hari ini meliputi kawasan seluas 78.22 batu nautika persegi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya