Warga emas lemas, tergelincir dalam kolam - Utusan Malaysia

Warga emas lemas, tergelincir dalam kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang lelaki warga emas ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam kolam di Felcra Lakai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mayat Hew Ah Yoon, 66, ditemui di dasar kolam sedalam tiga meter oleh anggota bomba dari Balai Bomba Simpang Pertang.

Pegawai Operasi Bomba, Azmi Wahab berkata, pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki yang jatuh ke dalam kolam pada pukul 11.55 pagi.

Katanya, sampai dilokasi, pihaknya menggunakan peralatan `Grappling Iron‘ untuk mencari dan mengeluarkan mayat mangsa dari dasar kolam.

“Mangsa dilaporkan datang ke dusun itu bersama anak saudaranya yang mengusahakan tanaman pisang dan durian.

“Selepas membaja lelaki itu dipercayai mahu membasuh tangan di kolam berkenaan tetapi tergelincir sebelum lemas,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Azmi, anak saudara mangsa  yang menyedari warga emas itu jatuh ke dalam kolam berkenaan segera menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya