Wanita bergelang merah jambu sah Covid-19 - Utusan Malaysia

Wanita bergelang merah jambu sah Covid-19

wanita
Foto dari media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang wanita yang memakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 sedang menikmati makanan di sebuah restoran dan gambarnya tular di media sosial dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas disahkan positif wabak berkenaan.

Sumber berkata, sebelum itu, wanita berusia 72 tahun berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumah 14 hari sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

Menurut sumber, saringan pertama wanita itu negatif Covid-19 namun dipakaikan gelang pengesanan wabak sebelum diarah menjalani kuarantin di rumah.

“Pada 6 Julai lalu, wanita itu dan keluarganya singgah bersarapan di sebuah restoran di sini sebelum gambar tersebut tular kelmarin,” kata sumber.

Menurut sumber, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita itu positif Covid-19 dan dia ditahan di HRPB sejak 17 Julai lalu.

“Anak lelaki wanita itu juga positif Covd-19 selepas melakukan saringan kedua,” kata beliau.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN