UMNO akan lakukan sesuatu untuk Najib - Utusan Malaysia

UMNO akan lakukan sesuatu untuk Najib

NAJIB Tun Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi ketika menunggu keputusan kes babitkan bekas perdana menteri itu di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO menghormati keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun begitu, parti akan melakukan sesuatu untuk membantu Najib yang disabitkan atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

“Saya bagi pihak UMNO akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah terhadap Najib.

“Namun, sebagai sahabat saya berasa simpati dan amat sedih dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Namun, beliau memberitahu saya bahawa ‘this is not end of the world’.

“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO dan tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya