'Umi', 'abah' sempurna di hati kami - Utusan Malaysia

‘Umi’, ‘abah’ sempurna di hati kami

NOR Ain Mohd. Arihan (dua dari kiri) bersama ahli keluarganya menunjukkan simbol bahasa isyarat ‘saya sayang awak’ di rumah mereka di PPMS Kesedar Sejahtera, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Mereka tidak pernah berasa malu, malah bangga mempunyai ibu bapa orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu.

‘Umi’ dan ‘abah’ begitu sempurna di hati mereka kerana mampu membesarkan serta memenuhi keperluan anak-anak seperti ibu bapa lain.

Pasangan Mohd. Arihan Yusof, 41, dan Marziani Mat Hassan, 45, berkahwin atas dasar cinta ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Buloh, Selangor.

Lima anaknya yang kini berusia tujuh hingga 19 tahun, semuanya normal.

Keluarga bahagia itu menetap di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di sini.

Walaupun menggunakan bahasa isyarat, mereka sekeluarga menjalani kehidupan seperti keluarga normal lain.

Anak sulung pasangan itu, Nur Syahirah, 19, dan anak kedua, Shahrul Aiman, 17, kini melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di Jeli dan Pasir Puteh.

Anak ketiga, Nor Ain,12, di tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama dua adiknnya, Nur Balqish Batrisya, 9, dan Muhamad Alif Azwan, 7.

Nor Ain berkata, mereka dididik memahami bahasa isyarat seawal usia dua tahun.

Katanya, berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat bersama ibu bapa tidak jauh beza dengan menggunakan bahasa lisan.

“Walaupun umi dan abah tidak dapat mendengar dan bercakap, tetapi mereka mendidik kami sama seperti ibu bapa lain.

“Kami tidak berasa kekok kerana adik-beradik semua pandai bahasa isyarat. Kami sayang umi dan abah,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka baru-baru ini.

Marziani menerusi bahasa isyarat berkata, dia dan suami bekerja sebagai tukang kebun di Pejabat Felda Wilayah Gua Musang.

Selain gaji, mereka mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400 seorang.

Pada hujung minggu, mereka menjual makanan ringan dan minuman ‘boba’ bagi mencari pendapatan tambahan.

Mereka juga aktif bersukan dan mewakili negeri Kelantan dalam Sukan Orang Pekak Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya