Tiga sahabat jual telur bantu keluarga - Utusan Malaysia

Tiga sahabat jual telur bantu keluarga

KHAIRUL Azhar Kamaruzaman bersama Alya Nabihah Mat Soh, menyusun telur di dalam kereta sebelum dipasarkan kepada peruncit di Taman Kesedar Putra, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penangguhan sesi pengajian di universiti awam (UA) sehingga Disember ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 memberi kesempatan kepada tiga sahabat mencari rezeki dengan cara menjual telur ayam.

Kesungguhan Khairul Azhar Kamaruzaman, 24, Alya Nabihah Mat Soh, 22, dan Muhamad Auswadey Muhamad Ghazali, 24, boleh dilihat apabila mereka berpakat menyewa sebuah kedai di Taman Kesedar Putra di sini sejak sebulan lalu.

Khairul Azhar, penuntut tahun akhir Diploma Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata,  mereka terpanggil untuk berniaga kerana pendapatan ibu bapa masing-masing terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Katanya, modal pusingan bagi memulakan perniagaan itu ialah sebanyak RM4,000 dan dalam seminggu, mereka berjaya menjual sebanyak 1,500 papan atau 45,000 biji telur.

“Di samping menjual telur, saya juga masih meneruskan pengajian melalui kelas dalam talian dan setakat ini tidak ada masalah untuk membahagikan masa.

“Saya nak mengajak golongan belia menjadi mahasiswa 3K iaitu kreatif, kental dan konsisten dalam perniagaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, rakannya, Alya Nabihah, penuntut di Universiti Kolej Bestari (UCB), Terengganu yang mengambil Diploma Kulinari pula berkata, perniagaan telur ayam mereka di sekitar bandar ini mendapat sambutan menggalakkan kerana kurang persaingan.

“Sekarang kami mendapat bekalan telur ayam dari sebuah ladang ternakan ayam telur di Kuala Lumpur. Telur tersebut kami proses melalui tiga peringkat iaitu menggred, mencuci dan memilih telur berkualiti.

“Alhamdulillah, permintaan telur kami amat menggalakkan termasuk daripada peniaga runcit dan pembuat kuih. Ini kerana harga kami jual rendah sikit daripada pasaran biasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya