Tiga jam tahan azab cincin tersangkut di lapan jari - Utusan Malaysia

Tiga jam tahan azab cincin tersangkut di lapan jari

Anggota bomba dan penyelamat memotong cincin di lapan jari seorang lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang hari ini. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki menahan azab lebih tiga jam apabila cincin dipakainya  tersangkut pada lapan jari di kedua-dua belah tangannya.

Cincin pada jari lelaki berusia 41 tahun berjaya dikeluarkan oleh bomba selepas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menghubungi pasukan penyelamat itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan dari hospital pada pukul 3.56 pagi ini bagi membantu lelaki dipercayai gelandangan.

“Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas melakukan operasi mengeluarkan cincin tersebut.

“Lapan jari tangan kanan dan kiri mangsa bengkak teruk sehingga kehitaman akibat cincin dipakainya. Hanya ibu jari kiri dan jari tengah mangsa tidak ada cincin,” katanya.

Menurut Hafisham, anggota bomba berjaya memotong lapan bentuk cincin itu menggunakan peralatan khas dalam tempoh lebih tiga jam.

“Lelaki berkenaan dilaporkan stabil dan diserahkan kepada hospital untuk tindakan lanjut. Jari mangsa bengkak dipercayai akibat aliran darah tersekat dan merencatkan pertumbuhan,” jelasnya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya