Teruja kemunculan semula Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Teruja kemunculan semula Utusan Malaysia

MAIZATUL Najiha Mohd. Isa (depan) dan Nurul Nabihah Zulkifli membaca Utusan Malaysia di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Orang ramai di negeri ini teruja dengan kemunculan semula akhbar Utusan Malaysia selepas dihentikan penerbitannya kira-kira 10 bulan lalu.

Rata-rata yang ditemui membeli akhbar itu sejak awal pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang membacanya.

Seorang pembaca setia, Mohd. Anuwar Abdullah, 32, dari Hutan Kampung di sini berkata, dia membaca Utusan Malaysia sejak di bangku sekolah lagi dan terkilan penerbitannya dihentikan Oktober tahun lalu.

“Alhamdulillah Utusan Malaysia diterbitkan semula hari ini, semoga akhbar ini  mendapat sambutan luar biasa selepas ini,” katanya di sini hari ini.

Peniaga di Kompleks Pekan Rabu di sini, Maizatul Najiha Mohd. Isa, 23, pula mengharapkan Utusan Malaysia tampil berwajah baharu dengan paparan berita lebih menarik untuk sajian pembaca.

“Saya tidak ketinggalan membeli Utusan Malaysia hari ini dan laporan berita yang disiarkan tidak mengecewakan,” katanya.

Bagi Nurul Nabihah Zulkifli, 21, Utusan Malaysia perlu memuatkan lebih banyak berita yang dapat memenuhi selera golongan muda.

Peniaga akhbar di Lebuh Raya Darulaman di sini , Vijan Krishnan, 60, berkata, ramai pelanggannya membeli Utusan Malaysia seawal pukul 6.30 pagi.

“Saya juga tidak ketinggalan mempromosikan Utusan Malaysia dan Kosmo! kepada pelanggan-pelanggan yang singgah di gerai,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya