Shafie adakan sidang akhbar 10 pagi ini - Utusan Malaysia

Shafie adakan sidang akhbar 10 pagi ini

SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi ini.

Menurut sumber, sidang akhbar tersebut dipercayai berkaitan pertemuan beliau dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin malam tadi.

Pertemuan itu berlangsung sejam selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk membentuk kerajaan.

Semalam, Musa  mengadakan sidang akhbar dengan mendakwa memperoleh Akuan Bersumpah (SD) daripada ADUN  yang menyokongnya.

Musa juga mendakwa, beliau telah diperintahkan oleh Yang di-Pertua Negeri untuk menyerahkan SD tersebut.

DUN Sabah mempunyai 60 kerusi wakil rakyat. Lima kerusi  merupakan ADUN dilantik. 

Bagaimanapun difahamkan, ADUN dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN