Selamat kembali akhbar ulung Utusan Malaysia - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Selamat kembali akhbar ulung Utusan Malaysia – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail memegang akhbar Utusan Malaysia bersama kakitangan Pejabat Tuanku Raja Perlis di Super Fruits Valley Perlis, Arau, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merakamkan ucapan tahniah atas penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia yang kembali berada di pasaran mulai hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang gembira dengan perkembangan tersebut juga mengakui bahawa baginda merupakan antara pembaca setia akhbar tersebut sejak kecil sehingga hari ini.

Sehubungan itu, baginda berharap wajah baharu Utusan Malaysia akan dapat menarik minat pembaca daripada semua lapisan masyarakat.

“Sekalung tahniah khas buat akhbar ulung Utusan Malaysia dan Kosmo! yang diterbitkan semula. Semoga terus memberi sinar dan manfaat dalam menyalurkan berita semasa dan terkini. Selamat kembali berkhidmat,” titah baginda kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia kembali diterbitkan hari ini selepas lebih sembilan bulan tidak diterbitkan ekoran penutupan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. 

Selain Utusan Malaysia, akhbar Kosmo! juga kembali berada di pasaran hari ini dengan kedua-dua akhbar tersebut berharga RM2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN