Sabah tumbang bukan aspirasi rakyat - Anwar - Utusan Malaysia

Sabah tumbang bukan aspirasi rakyat – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika ditemui dalam program Jelajah Presiden di Melaka, malam ini. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) tidak terkesan dengan ura-ura kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal tumbang ekoran kehilangan majoriti seperti diumumkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat memahami kerana perubahan tersebut bukannya pendirian mereka tetapi lebih kepada isu pengkhianatan seperti terjadi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ini soal sepak terajang politik dalam kalangan Ahli Parlimen dan pimpinan, tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat.

”Kadang-kadang orang salah telahan bahawa percaturan politik golongan kelompok atasan itu mewakili aspirasi rakyat (walhal) itu tidak semestinya,” katanya ketika ditemui selepas program Jelajah Presiden di sini sebentar tadi.

Musa hari ini mendedahkan mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri itu.

Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya siang tadi, Musa berkata, pihaknya akan membentuk gabungan baharu yang  menyokong PN.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau telah membentuk gabungan baharu membabitkan ahli dewan undangan negeri (ADUN) dari pelbagai parti.

Musa juga berkata, Menteri Keselamatan dalam Negeri,  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Musa berkata, Yang Dipertua Negeri Sabah meminta beliau mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan itu.

Ujar Anwar, PH dan PKR sendiri mengikuti secara dekat tentang perkembangan tersebut dan menyatakan pendirian masih menyokong kerajaan negeri sedia ada yang dipimpin Shafie.

Sementara itu, ketika ditanya penglibatan wakil rakyat PKR termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik dalam gerakan tersebut, Anwar berkata: “Ada dari Keadilan (PKR) dan pelbagai parti. Kalau sah esok, kita akan ambil tindakan (terhadap wakil PKR) kerana kita tak izinkan.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya