RM67 juta dana tambahan baiki balai polis uzur - Utusan Malaysia

RM67 juta dana tambahan baiki balai polis uzur

JONATHAN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan dana tambahan bernilai RM67 juta bagi memperbaiki balai polis yang mengalami kerosakan, uzur dan lama di 323 lokasi seluruh negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yassin berkata, bagi tahun lalu, sebanyak RM100 juta peruntukan telah disalurkan dan proses membaik pulih membabitkan 236 balai telah selesai sepenuhnya.

“Pada tahun ini juga, sebanyak RM22 juta peruntukan untuk memperbaiki lif-lif di balai-balai yang terlibat,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang meminta penjelasan berkenaan rancangan kementerian bagi menambah baik balai dan pondok polis berstatus uzur di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN