Remaja maut motosikal rempuh belakang kereta - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal rempuh belakang kereta

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta dalam kejadian di Kilometer 6.7 Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam, Pulau Pinang, awal pagi semalam. - UTUSAN/KHUZAIRI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 6.7 Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Bagan Ajam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Muhazzab Mohd. Kamarul Baharin meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 125ZR ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah kereta jenis Honda Civic.

Ketika kejadian, katanya, kedua-dua kenderaan datang dari arah sama iaitu dari Perai menuju ke Sungai Dua.

“Kereta dipandu lelaki berusia 23 tahun itu berada di lorong tengah lebuh raya tiga lorong sebelum dirempuh dari arah belakang oleh motosikal mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Noorzainy, siasatan polis mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya