Rasuah: Pengurus kanan cari gali ditahan - Utusan Malaysia

Rasuah: Pengurus kanan cari gali ditahan

SEORANG pengurus kanan sebuah agensi syarikat milik kerajaan dibawa ke Mahakamah Majistret Putrajaya bagi mendapat perintah tahanan reman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang pengurus kanan sebuah agensi syarikat milik kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana disyaki terlibat menerima rasuah bernilai RM300,000.

Suspek yang berusia 41 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM,  Putrajaya dekat sini kira-kira pukul 5 petang semalam. 

Difahamkan, pengurus kanan yang diamanahkan untuk menguruskan projek-projek kerja berkaitan cari gali minyak tersebut mengambil kesempatan dengan meminta wang rasuah sebagai balasan memberikan kontrak-kontrak berkenaan di Terengganu.

Suspek  direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya