Pulihara tapak sejarah pertempuran Kampar - Utusan Malaysia

Pulihara tapak sejarah pertempuran Kampar

PENYELIDIK Jabatan Warisan Negara menanda kedudukan kubu perang tapak bersejarah Perang Dunia Kedua iaitu Pertempuran Kampar di Kampar, Perak baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Sekumpulan penyelidik mencadangkan tapak pertempuran Kampar di sini yang berkaitan Perang Dunia Kedua digazetkan sebagai lokasi peninggalan sejarah negara.

Ketua Penyelidik Malaya Historical Group (MHG), Shaharom Ahmad berkata, lawatan ke tapak sejarah Green Ridge bersama Jabatan Warisan Negara baru-baru ini bertujuan meninjau tinggalan fizikal seperti kubu di situ dan merancang tindakan seterusnya.

Beliau berkata, proses mengenal pasti kedudukan dan kesan pertempuran di situ juga bertujuan untuk membuat dokumentasi disusuli rancangan menggazetkan tapak sejarah itu.

“Proses ini melibatkan kerja-kerja mengukur kesan serta struktur dan binaan yang masih ada. Ini bagi memudahkan semakan yang dilakukan jabatan.

“Sama ada tapak sejarah ini akan digazetkan, perkara itu tertakluk kepada penilaian jabatan. Bagi pihak pengkaji sejarah seperti MHG, kita berharap tapak ini digazetkan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tapak seluas 6.47 hektar itu bukti pertempuran sengit antara 1,500 tentera British yang turut disertai tentera India, Sikh dan Gurkha dan 4,000 tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Pertempuran pada 30 Disember 1941 hingga 2 Januari 1942 itu merekodkan kematian teramai tentera Jepun di Tanah Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya