'Presiden sudah lama tidak ke Sabah' - Utusan Malaysia

‘Presiden sudah lama tidak ke Sabah’

AHMAD ZAHID HAMIDI adakan pertemuan dengan pemimpin Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Sabah hari ini menimbulkan tanda tanya apakah ia ada kaitan dengan ‘jual beli’ ahli dewan undangan negeri (ADUN) sebagaimana didakwa oleh ketua menteri.

Bagaimanapun pegawai beliau memaklumkan Presiden UMNO itu melawat Sabah hanya untuk bertemu para pemimpin negeri setelah lama tidak ke negeri itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Zahid difahamkan berjumpa dengan ketua UMNO bahagian, timbalan dan naib ketua bahagian, ketua wanita bahagian, ketua pemuda bahagian dan ketua puteri bahagian.

Sebelum ini Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa terdapat cubaan untuk membeli Ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan Sabah.

Justeru beliau meminta agar cubaan yang dianggap sebagai amalan tidak sihat itu dihentikan segera.

“Saya tidak menafikan ada cubaan membeli ADUN namun, jika orang itu tidak mahu dibeli, cukup-cukuplah. Mereka ini bukan untuk dijual,” katanya.

Bulan lalu dua wakil rakyat Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar parti dan mengisytiharkan sokong Perikatan Nasional.

ADUN Likas Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib bertindak menjadi ADUN bebas kerana kerajaan negeri Sabah tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya