Premis perniagaan warga asing diserbu - Utusan Malaysia

Premis perniagaan warga asing diserbu

SEBUAH premis perniagaan tanpa lesen dikendalikan warga asing diserbu MPPG di Pasir Gudang, Johor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Sebuah premis perniagaan tanpa lesen milik yang dikendalikan warga asing diserbu Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam satu operasi, di sini kelmarin.

Serbuan itu adalah susulan kepada operasi sama yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan tiga minggu lalu.

Dalam operasi tersebut, premis berkenaan yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup dipercayai bagi memantau pergerakan keluar dan masuk, diarahkan ditutup serta-merta.

Tindakan menutup premis berkenaan mengikut Peruntukan Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPPG) 2017.

Dalam pada itu, pasukan penguat kuasa MPPG turut menyita peralatan perniagaan melibatkan 10 premis kawasan sekitar yang dikendalikan warga asing antaranya perniagaan runcit, kedai makan, gunting rambut dan cuci kereta.

Tindakan sita itu diambil mengikut peruntukkan Undang-Undang Kecil 50(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPPG) 2017.

Operasi yang bermula pada pukul 2.30 petang itu disertai seramai 40 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa antaranya polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan dan MPPG. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya