Polis cantas 296.8kg dadah boleh dibekal buat 1.1 juta penagih - Utusan Malaysia

Polis cantas 296.8kg dadah boleh dibekal buat 1.1 juta penagih

Datuk Ramli Din (dua dari kiri) dan pegawainya menunjukkan pelbagai jenis dadah dirampas ekoran penahanan 23 individu pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. – utusan/HANIS HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menyeludup dadah ke Indonesia dan Sabah menggunakan jalan laut dan laluan udara.

Itulah kegiatan dua sindiket dibongkar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penahanan 23 individu termasuk dua wanita masing-masing Vietnam dan Thailand di beberapa negeri ini pada 22 hingga 24 Julai lalu.

Kesemua suspek berusia 25 hingga 57 tahun ditahan dalam 13 serbuan menerusi Op Heron dan Op Watercress di Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Dalam serbuan itu, polis merampas 296.8 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM25.6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ramli Din berkata, siasatan mendapati kedua-dua sindiket dipercayai aktif mengedar dadah sejak sembilan hingga 12 bulan lalu.

Menurut beliau, siasasat tangkapan menerusi Op Heron mendapati sindiket berkenaan aktif mengedar dadah ke Indonesia melalui jalan laut di Johor, Melaka serta Negeri Sembilan manakala di Sabah pula mereka menggunakan laluan udara.

“Satu lagi sindiket dipercayai mengedar dadah untuk pasaran tempatan. Rampasan ini adalah yang terbesar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita masih menyiasat sumber bekalan dadah yang diperoleh sindiket dan sedang memburu saki-baki sindiket ,” kata beliau di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Menurut Ramli, sebanyak 68 kg syabu, pil ekstasi (694,047), pil kuda (2,000) dan 750 milimeter cecair methamphetamine turut dirampas.

Jelasnya, pihaknya turut menyita 15 kenderaan iaitu Nissan Fairlady, Mercedes Benz, BMX X5, Toyota Harier, Toyota Hilux, Honda CRV, Toyota Altis, Toyota Vios, Kia Optima, Proton Waja, dua Honda Accord dan tiga Perodua Myvi.

“Kita turut merampas wang tunai RM1.28 juta serta pelbagai barang kemas dan jam berjenama yang menjadikan jumlah keseluruhan sitaan RM2.35 juta

“Jumlah dadah yang dirampas tersebut dianggar boleh memuaskan seramai 1.1 juta penagih,” katanya.

Semua suspek direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya