PM bimbang wujud 13 kluster baharu - Utusan Malaysia

PM bimbang wujud 13 kluster baharu

ANGGOTA keselamatan mengimbas suhu penumpang tren di KL Sentral. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun kes Covid-19 kekal rendah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Antara kluster baharu adalah Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai 2020 dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai 2020. 

Menurut Muhyiddin, sejak 7 Julai 2020, terdapat empat kluster baharu yang dikesan berpunca mereka yang pulang dari luar negara iaitu kluster di Sarawak sebanyak tiga kes, Melaka (lima), Terengganu (tiga) dan kluster di Kuala Lumpur sebanyak dua kes. 

“Lebih membimbangkan saya, kes positif Covid-19 telah kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari yang lalu. Situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua. Saya pasti saudara-saudari tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan lock down sekiranya kes-kes Covid-19 meningkat dengan mendadak. 

“Saya juga berdoa dan berharap agar kita tidak perlu sampai ke tahap itu. Cukuplah tiga bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Ekonomi negara kita terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang hilang pekerjaan. Sudah tentu kita tidak mahu kembali hidup dalam keadan lock down seperti itu,” katanya sewaktu menyampaikan  Perutusan Khas Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Muhyiddin memberitahu, sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dan memerlukan kerajaan menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), impaknya kepada ekonomi amat besar. 

Katanya, penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 billion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi jutaan pekerja di Malaysia. 

“Ia juga akan menidakkan usaha-usaha kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Pakej PRIHATIN dan PENJANA yang bertujuan untuk memulih dan menjana semula ekonomi. 

“Harus diingat bahawa kerajaan sudahpun mengumumkan pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN Tambahan dan PENJANA yang keseluruhannya berjumlah RM295 bilion untuk kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan dalam tempoh yang sukar ini. Lebih 2.75 juta pekerjaan telah berjaya diselamatkan di bawah program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya