PLUS ingatkan pengguna patuhi SOP ketika di R&R - Utusan Malaysia

PLUS ingatkan pengguna patuhi SOP ketika di R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Orang ramai dinasihatkan kekal menjaga penjarakan sosial ketika berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta di hentian sebelah sewaktu perjalanan pergi dan pulang dari kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini.

Ketua Operasi Kecemerlangan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), Mohd. Yusuf Abdul Aziz berkata, mereka juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk mengenakan pengambilan suhu di tempat yang disediakan.

“Jangan lupa kita masih lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

“Untuk mengelakkan penularan wabak daripada transaksi tunai, pastikan tambah nilai kad Touch n Go dilakukan terlebih dahulu sebelum memasuki lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Yusuf, PLUS akan menugaskan antara 3,500 hingga 5,000 kakitangan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang 1,134 kilometer lebuh raya dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada setiap kali musim perayaan.

“Ini adalah cara kami menjaga anda dan orang yang anda sayangi dan kami juga menasihatkan anda agar mematuhi  jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) yang disarankan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau menyarankan orang ramai yang ingin ke utara dan Johor sempena cuti Aidiladha, mengatur perjalanan mengikut jadual TTA yang ditetapkan.

“Kami menyarankan pelanggan lebuh raya dari Kuala Lumpur, Selangor menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor supaya memasuki lebuh raya sebelum pukul 10 pagi.

“Pelanggan yang menuju ke lain-lain negeri disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas pukul 2 petang bermula semalam sehingga hari ini.

“Sementara itu, bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang di antara 1 Ogos hingga 3 Ogos, semua pelanggan lebuh raya dari semua negeri disaran memasuki lebuh raya sebelum pukul 9 pagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi mereka yang melakukan perjalanan ke utara dinasihatkan menggunakan kad Touch n Go.

“Sekiranya sudah mempunyai tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dipasang di kenderaan masing-masing, anda perlu memastikan e-Wallet anda mempunyai baki yang mencukupi.

“Bagaimanapun, pembayaran tol menggunakan kad Touch n Go masih lagi boleh digunakan di laluan itu,” kata Mohd. Yusuf. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya